Mengapa Seseorang Itu Gagal Buat Clixster ?





1. Kurang Gigih
Ramai orang  gagal bukan kerana mereka kekurangan ilmu atau bakat, tetapi kerana mereka berhenti.

Rahsia kejayaan terletak pada dua perkataan, KEGIGIHAN dan RINTANGAN. Berusaha dalam apa yang harus dilakukan dan mengelak apa yang tidak patut dilakukan.

Apabila masalah tidak dapat diatasi, BERHENTI seolah-olah menjadi cara yang paling mudah......

Mereka yang berjaya juga menghadapi dugaan tetapi tidak pernah mengaku kalah. Kita semua mempunyai halangan dan rintangan dalam hidup. Kegagalan tidak bermakna kita GAGAL.


2. Kurang Pendirian

Orang yang kurang pendirian selalunya mengambil JALAN TENGAH dan cuba teka apa yang berlaku di tengah-tengah jalan?
Anda dilanggar.


Orang yang kurang pertimbangan adalah orang yang tiada pendirian. Mereka Cuma menurut kerana mereka tidak mempunyai keyakinan dan keberanian.

Mereka cuma menurut perintah yang diterima walaupun mereka tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah. Mereka berkelakuan seperti sebahagian daripada kumpulan.

3. Kurang Rasional

Mereka sentiasa penuh dengan alasan agar anda tahu mengapa mereka tidak dapat melakukannya.

Kita sentiasa mendengar alasan seperti ......

• Saya berasa malang
• Saya dilahirkan di bawah bintang yang salah
• Saya tidak tampan
• Saya tidak mempunyai kenalan
• Saya tidak mempunyai wang yang cukup
• Keadaan ekonomi yang buruk
• Kalaulah saya mempunyai peluang
• Kalaulah saya tidak mempunyai sebuah keluarga

Alasan demi Alasan

4. Tidak Belajar dari Kesilapan Masa Lalu

Sesetengah orang belajar dari kehidupan yang dilalui, dan sesetengah hanya melalui kehidupan itu. Orang bijak belajar dari kesilapan mereka.

Orang yang tidak belajar dari sejarah adalah bodoh. Kegagalan adalah guru jika kita mempunyai sikap yang betul. Kegagalan itu satu pengalaman tapi bukan titik penamat. Pengalaman adalah nama yang kita berikan kepada kesilapan kita.

5. Kurang Disiplin

Tiada kejayaan tanpa disliplin.

Disiplin perlu sebagai kawalan diri, pengorbanan, dan mengelakkan gangguan dan godaan.
Ini bermakna FOKUS. Air terjun  tidak akan menjana kuasa elektrik melainkan jika ia telah dmanfaatkan.

6. Kurang Harga Diri

Tiada jati diri bermakna tiada pendirian. Tiada pendirian bermakna tiada harga diri. Ia akan memudaratkan diri dan juga orang lain.

Orang yang sentiasa merendah diri akan sentiasa mencari identiti. Mereka cuba untuk mencari diri mereka sendiri. Jati diri sendiri tidak wujud tetapi diwujudkan.

Kemalasan seumpama karat yang memakan logam yang berkilat.

Bertangguh dan malas akibat tiadanya harga diri dan akan lahirlah alasan.

7. Sikap Sambil Lewa 

Sikap sambil lewa merupakan halangan daripada menerima tanggungjawab di dalam kehidupan. Mereka menyifatkan kejayaan dan kegagalan itu nasib. Mereka meletakkan diri mereka kepada nasib mereka.

Mereka percaya dan menerima masa depan yang ditakdirkan ditulis dalam horoskop atau bintang mereka, bahawa tanpa mengira usaha mereka apa sahaja yang berlaku akan berlaku.
Oleh itu, mereka tidak pernah berusaha.  Mereka cuma menunggu untuk perkara yang berlaku dan bukannya membuat ia berlaku.



Ubah sikap... Buka Lembaran Baru
Anda Pasti BERJAYA....!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan